fbpx

Dato Red Bergurau Lakukan Hubungan Intim Dengan Adira

Semalam kecoh mengenai kemelut rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Dato Red. Lebih menjadi bualan ramai apabila Dato Red mengeluarkan kenyataan mereka melakukan hubungan intim sehari sebelum permohonan cerai.

Menjelaskan kenyataannya itu, Dato Red berkata dia tiada niat untuk membuka aib dan niatnya ketika itu untuk mengaburi mata orang ramai mengenai kemelut rumah tangga mereka.

BACA: “Saya Akan Cuba ‘Tackle’, Pujuk Adira Balik”

“Sebenarnya saya ada berpakat dengan Adira dan kami tak mahu hebohkan perkara ini kepada pihak wartawan. Saya anggap mereka sebagai kawan sahaja tak sangka ia nak jadi isu.

“Sampai netizen hentam saya kerana cerita yang tak sepatutnya nak keluar. Sebenarnya niat hanya untuk mengaburi supaya perkara sebegini tidak terjadi.

“Banyak hati yang saya nak jaga kerana saya masih dalam proses pujuk hati Adira,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dato Red berkata dia masih menyayangi isterinya dan nekad untuk mempertahankan perkahwinan yang dibinaya selama empat tahun. Ujarnya lagi, dia berkahwin bukan untuk bercerai.

“Saya nak berkahwin bukan untuk bercerai. Walaubagaimanapun saya akan pertahan perkahwinan ini selagi hayat saya ada. Apabila benda ini berlaku saya tersentak dan baru saya tahu ia boleh dibuat secara hakam.

“Selama ini saya ingat selagi lelaki tak lafaz cerai, perceraian tak boleh berlaku. Kalau nak ikutkan orang di sekitar saya suka perceraian ini berlaku, saya akui sepanjang empat tahun berkahwin saya alpa dengan kehidupan dunia,” katanya.