fbpx

“Saya Takut Beranak Tapi Buat Sedap…” – Rebecca Nur Islam

Baru-baru ini, pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam tampil berkongsi pengalamannya melahirkan enam orang cahaya mata dalam satu sesi ‘podcast’ bersama Datuk Rosyam Nor dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.

Menurut Rebecca, dia mengakui takut untuk melahirkan anak dan memilih kaedah pembedahan untuk keenam-enam anak yang dikandung.

BACA: Rebecca Sebak Kongsi Detik Cemas, Suami Sesak Nafas Tapi Semua Hospital Penuh

“Dia (pengalaman) ada cerita sebenarnya. Ceritanya saya takut beranak..buat sedap,”ujarnya.

Berkongsi lanjut, Rebecca berkata dia mempunyai perasaan takut setelah menonton video bersalin secara normal di  YouTube.

“Saya takut beranak sebenarnya. Jadi, sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan, menangis pada mak saya.

“Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.

“Doktor, saya takut sangat nak beranak sebab saya tengok YouTube. Jadi, saya buat permintaan untuk melahirkan secara pembedahan,” katanya.

Katnaya lagi, doktor sudah memberi saranan untuk bersalin secara normal, namun perasaan takut membuatkan dia tekad untuk pilih kaedah pembedahan untuk melahirkan keenam-enam anaknya.

“Saya dah rasa macam (pengalaman lahirkan anak pertama) penjagaan kaedah pembedahan itu saya rasa saya boleh daripada normal.

“Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan sebab saya rasa tak nak rasa sakit kan…rupanya, rasa sakit selepas bersalin,” katanya.

Dalam pada itu, Rebecca turut tegas dengan pendirian berpantang selama 100 hari dan melarang suami untuk ‘bersentuhan’.

“Selisih malaikat 44 (suami isteri bersama selepas seminggu berpantang). Bentanlah bini tu, tak sihat. Saya berpantang 100 hari, ‘no touch me’ dan saya berpantang di bilik lain.

“Sebab tu body saya masih maintain. Saya kena puji diri saya sendiri. Saya maintain berat saya seperti zaman anak dara sebenarnya sebab saya amat menjaga diri sewaktu berpantang,”katanya.

Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 5, dan Nor Aurora Riana, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky lahir pada 12 Mei lalu.