fbpx

“Saya Takkan Sesekali Putihkan Kulit”

Pelakon dan pempengaruh media sosial Aya Amiruddin menegaskan dia tidak akan memutihkan kulitnya serta baginya itu adalah keunikan dirinya.

Memetik Harian Metro, Aya berkata dia bangga dengan darah campuran yang dimilikinya iaitu Melayu Pulau Pinang di sebelah ibu dan Nigeria sebelah bapa.

BACA: “Teman Lelaki ‘Tulang Belakang’ Saya, Dia Punca Saya Jadi Diri Saya Sekarang”

“Saya takkan sesekali putihkan kulit kerana bagi saya itulah keunikan saya. Orang lain tiada benda ini. Kalau kulit saya dah sama dengan orang lain, ia tiada beza. Cuma kalau nak kurus, kita tengoklah macam mana nanti,” katanya.

Sementara itu, Aya berkata dia meluahkan rasa syukur dengan penerimaan orang ramai terhadap dirinya namun mengakui masih menerima kecaman serta body shaming.

“Alhamdulillah… tak sangka orang boleh terbuka hati begini terima saya. Mula-mula dulu rasa tak yakin juga bolehkah orang terima saya? Tambahan pula kat Malaysia dah ada standard kecantikan untuk artis.

“Namun bercakap bab kecaman pula, memanglah tak lekang. Itu memang adat tapi tak adalah sampai yang saya tak boleh terima. Tiada yang melampau-lampau sangat.

“Body shaming (mempersenda penampilan fizikal seseorang) itu sentiasa ada tapi dari saya dari kecil memang dah biasa dan tahu nak kendalikan benda-benda begini. Jadi ia tidak beri kesan besar buat saya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia belum terfikir untuk saman netizen yang mengecam dirinya.

“Ia belum sampai peringkat itu. Rasanya semua orang ada pendapat masing-masing dan tak perlulah saya nak ambil tindakan.

“Tapi kalau melampau sangat sampai jadi ancaman kepada diri sendiri dan keluarga itu lainlah. Tapi kalau setakat cakap-cakap mulut nak kata saya gemuk, lantaklah. Banyak benda lagi saya nak fikir,” katanya.