fbpx

Sebut saja nama Aya Amiruddin, nama pempengaruh media sosial itu kini semakin dikenali ramai dan videonya sering menjadi bualan ramai.

Menerusi video bersama Hlive, Aya berkata teman lelakiny adalah individu yang menyokongnya serta memberi semangat kepadanya sehingga ke hari ini.

BACA: Norreen Iman Tampil Seksi Selepas Kurus

Menurut Aya lagi, sokongan diberikan teman lelakinya itu sekaligus membuatkan dia berjaya berada di tahap sekarang.

“Sebenarnya dia yang push siapa Aya Amiruddin yang sekarang. Dia tulang belakang saya dan dia antara punca saya jadi diri saya sekrang ini. Dia kata saya ada barang dan kelakar. 

“Oleh sebab itu, dia suruh saya buat sesuatu. Masa saya nak naik, mesti kena ada ramai orang di belakang. Itu yang saya perlukan kalau nak buat sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada teman lelakinya itu akan turut menghasilakn konten, Aya berkata kekasihnya bernama Sleem itu sudah berjinak-jinak ke arah tersebut.