fbpx

“Saya Tak Terlibat Isu Cekik Pekerja Pam Minyak”

Sejak semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun ditahan polis atas dakwaan mencekik seorang pekerja stesen minyak di Ampang.

Pelbagai spekulasi timbul dan netizen turut memetik beberapa nama artis BBNU termasuk penyanyi Haqiem Rusli. Malah, ruangan komen Intagramnya dibanjiri dengan komen netizen yang mendakwa kes tersebut ada kaitan dengan dirinya.

BACA: Foto Lelaki Mirip Haqiem Rusli Tidur Bersama Wanita Tular

Tidak melatah dengan tuduhan tersebut, Haqiem tampil membersihkan namanya dengan menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dengan isu cekik pekerja di stesen minyak tempoh hari.

Tegasnya lagi, pada hari kejadian dia melakukan penggambaran di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Haqiem turut meminta netizen tidak menyebarkan berita yang tidak sahih. Ujarnya lagi, diharap dengan penjelasan tersebut tiada lagi pihak menuduhnya.

Menerusi live Instagram semalam, Haqiem turut memberitahu jika benar dia terlibat dalam kes berkenaan sudah tentu dia berada di balai polis.

Terdahulu, seorang penyanyi lelaki yang juga komposer ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, semalam.

Dalam kejadian sekitar 4 petang semalam, penyanyi berusia 21 tahun itu ditahan anggota polis selepas kejadian itu dimaklumkan oleh pengurus stesen minyak berkenaan.