“Saya Tak Tahu Mengapa Orang Masih Cop Saya Teruk”

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah berkata dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah serta jika masih dikaitkan dengan isu penyondol.

Memetik Kosmo, Sophia berkata dia juga ada tahap kesabarannya dan akan mengambil tindakan jika perkara itu makin melampau.

BACA: “Awak Memang Layak Menang” – Kekasih Sophia

“Dalam setiap apa yang kita buat mungkin ada tak suka dan sengaja petik nama kerana tahu saya tak boleh lari tapi siapa kenal, dia tahu saya macam mana.

“Kalau makin melampau saya mungkin akan ambil tindakan undang-undang. Setakat ini saya masih boleh sabar tapi semua orang ada tahap kesabaran,” katanya.

Memenangi trofi Aktres Filem Popular di ABPBH35 baru-baru ini, Sophia berkata kemenangan tersebut membuktikan ramai menyayangi dirinya. Namun, dia turut tertanya-tanya mengapa orang masih melabel dirinya teruk.

“Saya tidak tahu mengapa orang masih cop saya teruk sedangkan kenyataan sebelum ini pun saya buat disebabkan mulut segelintir netizen yang memetik nama saya.

“Tidak patut fitnah diri saya sebegitu kerana saya hanya mahu pertahankan diri, namun kalau orang ramai masih nak mengata itu antara dia dengan Tuhan.

“Saya percaya, kalau ada seribu orang benci saya mesti ada seribu orang lain yang sayang saya, lagipun isu suami artis dikacau itu dimaksudkan orang lain, bukan saya, katanya.

×