Rosyam Nor Khatam Quran Depan Kaabah Pada Usia 48 Tahun
Usianya kini sudah 49 tahun dan pengarah dan pelakon terkenal, Rosyam Nor tidak segan silu menjelaskan bahawa dia tidak pandai mengaji sehinggalah dirinya berusia 45 tahun malah turut menjelaskan bahawa hanya menghafal tiga surah – al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas.
BACA: Rosyam Nor Kemalangan, Bersyukur Tidak Cedera
“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah. Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan Allah,” katanya yang dipetik melalui Sinar Harian.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” jelasnya yang terkesan setelah pemergian ayahnya.
Tambahnya, dia turut memasang angan-angan untuk belajar mengaji sehinggalah didatangi seorang lelaki ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2. Mengakui rimas kerana diganggu lelaki tersebut pada mulanya, akhirnya ada sinar baru buat Rosyam.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa”
“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya,” katanya yang akhirnya belajar mengaji dengan lelaki tersebut.
“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” jelasnya. Syukur buat Rosyam, dia akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah pada usia 48 tahun. (rtky/s)
Alhamdullilah…Syabas abg Rosyam:) gossip yg baik dibaca pagi ni.
Jgn tahu bc je tp maksudnya ko x tahu… Maksud ayat quran tu yg lbh penting…
Selalunya yg komen gini ni..maksud bismillah pun belum tentu dia tau
Tak tahu mengaji ko mengata. Dah tau mengaji ko mengata lagi. Habis tu nak buat apa sial? Satu persatu lah puaka oi. Alhamdulillah rosyam nor berjaya mengaji. Bukan senang org nak belajar mengaji pada usia tua
Alhamdulillah…biarlah abg rosyam belajar satu2 persatu..lps ni mgkin belajar tafsir/maksudnya pulak.jan la nk kondem org je kerjanya
Alhamdullilah…
Alhamdulillah
Alhamdulillah..hidayah buat rosyam nor
siapa lelaki tu?
syukur lah masih sempat khatam quran di usia begini.
Alhamdullilah…saya pun tahu mengaji pada usia nak masuk 4 siri…nak cari ilmu x perlu malu.
Al Quran bukan baca Tuk khatam ..tapi baca tuk panduan dan pendoman hidup manusia……jgn bangga khatam al quran kalu x tahu apa yg dibaca….
Islam tdk pnh mgajar ilmu menempelak @ mperlekehkn org lain, jgn rasa terlebih taqwa sb iblis yg keluar dr syurga hya sbb riak n sombong..
Alhamdulillah….yg tahu nak men’kondem’ tu entah alif ba ta pun tak kenal .Yg penting niat dia dan sekurang2 nya dia tahu baca dan kenal huruf jawi.
Moga Allah terus memandu Abg Rosyam dan kita semua dlm mencari hidayah sehingga akhir hayat. Seorg yg busuk hatinya tetap akan mencari keburukan atas kebaikan orang lain sebagaimana Iblis mencari keburukan atas setiap kemuliaan Nabi Adam. Teruskan berubah kearah kebaikan sedikit demi sedikit.
Alhamdulillah
Terdapat hamba Allah yg beri komen disini merasa diri beliau sudah cukup bagus membaca AlQuran..
Perjalanan kehidupan Allah aturkan sebaik baik perjalanan,tugas hambanya berusaha kearah perjalanan yg baik secara istiqomah kerana kita diberi akal yg tiada ternilai dan tolok banding nya.diatas usaha utk kebaikan…syukur Alhamdulillah
Ntah kan..ada ja bnda yg x kna..buat mcm dri perfec la plk pengomen prasan dah pro. Adoii org mcm ney.
Alhamdulillah
Syabas rosyam nor
Kita semua serba lemah dan kurang tiada yg sempurna
Tak perlu memperlekehkan org lain
Walau setinggi mana pun ilmu dan bijaksana
Kalau kita x tau nak berbahasa menegur orang x perlu la rasa diri kita sempurna ..secara tak langsung kita mencerminkan siapa diri kita yg sebenarnya .
Sebaliknya sama2 muhasabah diri
Dan doakan yg terbaik utk kita semua .
Semoga sama2 menjadi insan yg lebih baik .
alhamdulillah..syok bca..insyakAllaH,hidayah milik Allah..
Biar kira merangkak serupa bayi pon ketika hendak menuju atau mendalami ilmu akhirat,Biar orang bicara atau mengutuk kita yang penting dalam hati yg kecil INI akan sentiasa mencari keredhaan illahi…..syabas saudara Ku..aku doakan sekalian Muslim Dan muslimat berjaya dunia Dan akhirat kelak dengan keizinan n rah at dari yg maha pemberi rahmat ALLAH SWT.aamiin syukuran
alhamdulillah. nak judge orang jangan mcm tu. kalau orang buat benda yang mengejar akhirat pun salah, habis nak buat apa yang menyenangkan mata korang yang busuk hati ni? kira bagus niat ke jalan yang baik, daripada korang yang nak dok judge orang sedangkan diri tu pon tak tentu hala. kita semua belajar dari kesilapan, yang elok kita sokong. yang tak betul, kita bimbing.
Selamat Sejahtera ke Atas Pembaca Semua
Syukur kepada Allah
Hanya Dia segala Maha
Adil ,Mengetahui
Sucikan Hati,Jiwa Bersih
Mencari Ilmu Membaiki Diri
Kita Serupa
Alhamdulillah abg rosyam. Saya seorang ibu kepada 2org anak. Dan juga peminat drama dan filem setiap watak yg di lakonkan abg rosyam, saya amat mengkagumi kejujuran di sebalik ketidak kesempurnaan dan kekurangan sebagai insan yang bernama manusia. Bukan semua org mampu jujur dan berterus terang kekurangan pada diri sendiri. Apatah lagi tentang agama kan. Malah diri saya sendiri pun adakalanya takut untuk meluahkan ketidak sempurnaan dan keburukkan yg ada pada diri ini.saya mengakui, saya adalah insan yg penuh dengan dosa dan banyak kisah sejarah hitam yg saya lalui. Banyak sangat cerita derita yg saya lalui dan saya pendam. Boleh buat filem juga lah kisah hidup saya ni. Dan sejarah hidup saya ni, menggambarkan titik hitam hidup saya, pengajaran, soal agama (tidak pernah di bimbing dan mengharap bimbingan agama), penderitaan, kesedihan, kekecewaan, memberontak, kesusahan hidup, konflik ibu dan anak (sejarah hitam #saya#, di mana ibu sanggup menjatuhkan maruah anak sendiri dengan cara di bogelkan dan sehingga saya lari daripada rumah bertahun lama nya sejak kisah hitam itu),Panjang nak di cerita kan. Dan klau di jadikan filem pada cerita saya ini, saya percaya dan pasti akan membuatkan org ramai tersentuh air mata mengalir tidak terkata dan banyak titik hitam dan pengajaran. Sesuatu cerita kenyataan hidup yg belum pernah di filem kan di depan kaca tv penonton. Saya menyatakan demikian, bukan untuk meraih simpati. Tetapi ingin menyatakan TIDAK ADA MANUSIA YG SEMPURNA TANPA DOSA DAN KEKURANGAN PADA DIRI SENDIRI. Hanya untuk berkongsi kan cerita dan kisah yg di pendam bertahun lamanya sehingga lah saya sendiri sdh bergelar ibu. Dan saya meluah kan sedikit daripada realiti kisah hidup saya ini juga adalah kerana bangga dengan kata abg rosyam yg berbunyi, BIARLAH SAYA MALU DENGAN ANDA, DARIPADA SAYA MALU DENGAN ALLAH. Saya harap suatu hari nanti, saya juga akan di datangi seseorg insan yg membawa cahaya pada saya, seperti seseorg yg datang kepada abg rosyam yg mengajar dan terbuka hati untuk abg rosyam belajar mengaji. Alhamdulillah….amin….. dan semoga saya juga akan didatangi seorg insan yg menyinari diri ini sebagai insan yg kerdil di bumi tuhan ini apatah lagi di bulan cahaya ramadhan. saya bangga kepada abg rosyam nor. Semoga di bulan baik ini dan akhirnya abg rosyam sekeluarga di murah kan rezeki dan di berkati setiap amalannya…. amin…
Sekian comment dan perkongsian realiti hidup dari saya, saudara Insan mualaf….