Rosyam Nor Kemalangan, Terselamat Tanpa Sebarang Kecederaan
Akibat hilang kawalan ketika memandu di dalam hujan lebat, pelakon dan penerbit, Rosyam Nor telah mengalami kemalangan bagaimanapun dia dilaporkan terselamat tanpa mengalamai sebarang kecederaan.
BACA: Anak Disuruh Buka Tudung, Rosyam Nor Maafkan Hamleys
Menurut Rosyam, kemalangan yang berlaku di Jalan Universiti berdekatan dengan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan mengakibatkan kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
“Kereta saya terbabas dan melanggar pembahagi jalan selepas hilang kawalan akibat hujan lebat. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius berlaku dan tidak melibatkan kenderaan lain, cuma kemalangan kecil sahaja”
“Ketika kejadian kenderaan saya hilang kawalan ekoran hujan lebat sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya.
Dalam pada itu Rosyam berkata, kereta miliknya itu mengalami kerosakan teruk namun bersyukur terselamat daripada sebarang kecederaan.
“Akibat hentaman kuat kereta tidak boleh bergerak kerana tayar pecah selain beberapa bahagian lain juga mengalami kerosakan,” katanya.
Sehubungan itu Rosyam berkata, satu laporan polis dibuat di balai polis berdekatan pada petang Khamis berhubung insiden itu. (rtky/syfq)
Syukur selamat..
Hehe klakar mangsa produk kolagen…apapun Alhamdullilah selamat;)
ko nak couple dgn aku tak?
Ifa raziah xnk bg kata2 smangat ke?
Salah seorang pelakon yg berkaliber
anggap sebagai kifarah..
apa2 pun syukur Alhamdulillah selamat :)
aibkan kpala hotak ngko,,,orang tu tegur elok2 n berlapik kn bahasa dia? si ifa tua nie je yg sentappp. benda klu kena kt btg hidung, mmg ler sentap je. nk menggatal ngn laki org x bertempat. gasak la ko
Hello everyone, it’s my first visit at this site, and post is
genuinely fruitful in support of me, keep up posting these
types of content.