fbpx

Bella Astillah & Aliff Aziz Semakin Matang, Saling Mempercayai

Sebut saja mengenai pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz, pasti ramai tahu kisah rumah tangga mereka sering menjadi perhatian ramai.

Memetik mStar Online, Bella berkata dia tidak berniat meraih simpati sesiapa apabila kisah rumah tangganya menjadi tumpuan serta memohon maaf jika ada yang kurang senang.

BACA: Bella Astillah Nafi ‘Insecure’, Peluang Kedua Bukti Masih Percaya Suami

“Kita tak boleh nak jangka semua orang akan suka dengan kita, mana-mana yang kurang selesa atau tak senang dengan kisah rumah tangga kami, saya minta maaf sangat.

“Kadang-kadang apa yang keluar itu bukan dalam kawalan Bella, bila wartawan bertanyakan soalan, tak kan nak jawab no komen pula sebab pihak media pun hanya menjalankan tugas mereka,” katanya.

Selepas berdepan pelbagai rintangan, Bella dan Aliff juga dilihat semakin bahagia. Bella berkata mereka kini semakin matang dan saling percaya satu sama lain.

Dalam pada itu, Bella berkata dia menghargai semua teguran dan komen diberikan terhadapnya dan Aliff serta mengambil kata-kata yang baik-baik sebagai doa.

“Kepada yang mendoakan buat rumah tangga kami, saya balikkan doa itu kepada anda semua pula,” katanya.