Kembali aktif dalam radar dunia hiburan, Fathia Latiff menafikan dakwaan mengatakan drinya mengidap penyakit bipolar dan sedang menjalani rawatan. Dalam masa sama, Fathia juga menegaskan dirinya masih berhijab.
BACA: Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tidak Bertudung Tersebar?
“Ya saya masih berhijab sepenuhnya and I learned from my mistakes. Insyallah saya mahu menjadi insan yang lebih baik dan terima kasih kepada semua sehingga menjadikan saya seorang manusia yang lebih baik”
“Apa yang terjadi sebelum ini telah menjadikan diri saya yang sekarang. Oh, bipolar? Alhamdulillah sebenarnya itu semua tidak benar. Saya tidak jalani apa-apa rawatan cuma saya cuba improve diri saya,” jelasnya.
Fathia berkata demikian ketika ditemui pada majlis Festival Filem Malaysia (FFM) pada Sabtu lalu. Tambah Fathia, beliau juga kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga untuk memperbaiki diri.
Sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan gambar Fathia tidak berhijab, dan berambut pendek berserta dengan penampilan yang agak serabut. Diharap Fathia terus istiqamah dalam memperbaiki diri. (rtky/w)