“Saya Tak Romantik Tapi Bapa Penyayang & Suami Setia”
Boleh dikatakan ramai peminat diluar sana menjadikan selebriti sebagai idola lebih-lebih lagi dalam kisah cinta dan keluarga. Sebagai contoh, ramai yang menjadikan hubungan cinta Fattah Amin dan Fazura sebagai relationship goal.
Namun, berbeza bagi pelakon Shaheizy Sam yang dilihat jarang sekali berkongsikan tentang kisah peribadinya di media sosial dan tidak kisah tiada gelaran pasangan selebriti popular. Sam juga mengakui dia bukanlah seorang yang romantik, namun dia seorang bapa penyayang dan suami yang setia.
BACA: Isteri Harap Shaheizy Sam Ingat Status Diri
“Sam sebenarnya sensitif sikit pasal family ni. Sam tak banyak share benda yang Sam buat and terus upload kat ig. Melainkan benda tu tentang kerja atau shooting lakonan Sam untuk orang nak tahu tentang industi hiburan tempatan.
“Kadang-kadang saya terfikir yang saya ni pun bukanlah romantik sangat, nak tenung mata lama-lama. Tapi yang paling penting Sam jenis bapa yang penyanyang untuk Syerif dan suami yang setia untuk Syatilla,” katanya kepada Media Hiburan.
Apa pun setiap selebriti mempunyai cara mereka masing-masing. Bukan mudah bergelar selebriti kerana segala tindak tanduk diperhatikan dan ada saja yang tidak kena. Bila kongsi kemesraan akan dikecam pula dengan netizen.
- SUMBER
- Media Hiburan
Be yourself don’t be hypocrite semata2 nk pujian dan followers berjuta2. Ko pun dikenali ramai sbb bakat lakonan kau. Masing2 ada kekuatan dan kelebihan sendiri. Aku tak suka bila ada pelakon atau artis rasa tergugat bila ada artis muda baru lbh popular dari mrk. Ada ke artis2 tu xde keyakinan sendiri utk bersaing dgn sihat? Jarang kita tngk artis2 Kpop, Bollywood, Indonesia dsbnya bergaduh sbb ada artis2 baru yg rampas populariti mrk! Dah laa industri kita ni kecil, lg nk berpuak2 bergaduh cemburu tngk org lain berjaya! Nmpk sngt mrk tu manusia xde keyakinan diri, kecewa dgn diri sendiri lalu salahkan org lain sbb x mampu bersaing dgn sihat!!!.
Ni atok nk tegur sikit. Mmg la kau rasa ok je x romantik tu tapi sebagai mewakili kaum wanita yg normal kau sebagai suami kne tunjuk la perasaan kasih sayang kat isteri. Setia is not enough. Kalo kau kata atok x betul fikir begini saja. Kau kata kau cintq seorg pompuan tp kau x bg tahu dia. Kalo ada another person ngorat dia jgn la sibuk meraung saja nnti.
Suka dia ni klo blakon. Terbaik. Tp off screen mcm something is off. Hahhahah jgn mrh.