fbpx

Isteri Harap Shaheizy Sam Ingat Status Diri

Berikutan trend cinta lokasi yang semakin hangat dikalangan selebriti tanah air, Syatilla Melvin meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada suaminya, Shaheizy Sam dalam bekerja tetapi harus sentiasa sedar status dirinya. Namun Syatilla akui kadang kala timbul juga rasa cemburu.

BACA: Syatilla Melvin Anggap Peminat Bergurau

“Tipulah kalau dikatakan tidak timbul sekelumit pun rasa cemburu, namun saya tidak mahu terlalu mengikut perasaan hingga mengganggu kerja Sam. Biasanya, dia juga takkan berkongsi perkara yang boleh membuatkan saya tidak senang hati. Begitupun, bukan bermakna dia menyorokkan sesuatu”

“Lumrah wanita memang suka berfikir, jadi rasanya tidak wajiblah untuk dia bercerita mengenai perkara yang dirasakan tak perlu. Ada masanya, Sam akan berkongsi juga peristiwa yang berlaku di lokasi penggambaran dan sebagainya, namun lebih berkisar mengenai dirinya saja”

“Saya pula memang memberikan kebebasan kepada Sam untuk bekerja, namun dia sendiri perlulah ingat statusnya sebagai bapa dan suami. Itu saja yang penting,” katanya kepada Berita Harian Online.

Kalau tidak silap sudah agak lama juga Syatilla tidak aktif berlakon sejak dirinya berumah tangga dan menimang cahaya mata baru-baru ini. Jelasnya, beliau tidak mempercayai orang lain untuk menjaga bayinya dan biarlah dirinya berkorban sekejap sebelum kembali menerima tawaran. (rtky/w)