fbpx

“Saya Tak Reda Dengan Segala Penghinaan & Penganiayaan Ke Atas Kami”

Pelakon Rita Rudaini membidas tindakan netizen yang tidak menjaga sensiviti dirinya dan anak-anaknya serta meminta agar netizen tidak menjadi terpaling ‘tahu’ mengenai kisahnya.

Menerusi entri di Instagram, Rita turut memuat naik semula video yang memaparkan buku mengenai dirinya bertajuk ‘Kerana Aku Seorang Perempuan’. Rita turut meminta netizen supaya baca buku tersebut terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen.

BACA: Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Dalam pada itu, Rita berkata dia bersama dua anak-anaknya sudah bahagia dan tenang serta berharap pihak di luar sana tidak masuk campur dalam urusan mereka.

“Dah dah la tu, kami bertiga dah cukup tenang. Anak-anak pun dah tumbuh misai. Tak duduk dekat tempat kami senang la cakap, lebih baik duduk diam saja dan jangan tambah beban orang.

“Apa-apa pun saya tak redha dengan atas segala penghinaan dan penganiayaan ke atas kami selama ini, biarlah Allah yang selesaikan. Noktah,” tulisnya.

Sebelum ini, ada netizen yang bersimpati terhadap bekas suami pelakon itu iaitu pemain bola sepak, Aidil Zafuan yang juga bapa kepada anak mereka.

Kata netizen itu lagi, tiada bapa yang tidak sayangkan anak mereka serta berharap Rita memberikan peluang kepada Aidil untuk bertemu dengan anaknya itu.