fbpx

“Saya Tak Rasa Pun Isteri Saya Biadap”

Baru-baru ini, video gurauan yang dimuat naik oleh Izzue Islam menerima kritikan hebat apabila ada segelintir netizen menyifatkan tindakan isterinya, Awin Nurin sangat biadap dan melampau.

Video yang dikecam itu memaparkan isterinya menconteng wajah Izzue ketika sedang tidur. Tidak mudah melatah dengan kritikan tersebut, Izzue mengatakan itu cara mereka bergurau antara suami isteri dan tidak semua orang sukakan cara mereka.

BACA: Izzue Islam Minta Maaf Belum Bagi Zuriat Buat Isteri

“Apa yang Izzue boleh katakan dekat sosial media ni kita tak boleh nak sekat orang untuk berkata apa sahaja yang mereka suka.

“Dia orang suka ke, tak suka ke itu mereka punya pandangan. Jadi pada Izzue apa yang Izzue rasa okay dan sesuai untuk share, Izzue post sajalah. Saya tak rasa pun isteri saya biadap sebab itu adalah cara kami bergurau sebagai suami isteri,” katanya kepada Media Hiburan.

Kata Izzue lagi, dia juga pernah melakukan perkara sama terhadap isterinya dan mereka sudah biasa dengan gurauan kasar seperti itu. Bagaimanapun, Izzue berkata dia meminta maaf kepada netizen yang kurang senang dengan gurauan tersebut.

“Mungkin Orang di luar sana rasa macam kami ni kasar dalam bergurau. Tapi apa-apa pun Izzue dan isteri minta maaf kalau ada yang tidak selesa dengan gelagat kami,” katanya.