Sempena menyambut ulangtahun kelahiran isteri baru-baru ini, Izzue Islam telah menulis ucapan yang cukup menyentuh hati buat isteri. Antaranya, Izzue memohon maaf kerana masih tidak mampu mengurniakan cahaya mata.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Izzue Islam Dedah Peminat Ajak Seks Berkumpulan
Menerusi Instagram, Izzue merakamkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran isterinya, Awin Nurin. Pun begitu rata-rata tersentuh dengan ucapan maaf dari Izzue mengenai zuriat yang telah dinantikan sekian lama.
“Maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan I sepanjang jadi suami you. Belum lagi dapat bagi you baby idaman setiap pasangan. Bercuti nak rileks berdua rehatkan diri rasanya sekali pun tak pernah sepanjang kita kahwin”
“Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat you tersinggung. Tak cukup tu, I pernah juga buat you terasa sampai you menangis. Isteriku, Terima kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan I”
“Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver I walaupon I kat sebelah dah berdengkur! Time I susah you ada malah you yang senangkan dan tenangkan I dalam segala hal! Selamat Hari Lahir,” tulisnya.
Kami pun turut sama sebak dengan ucapan Izzue buat isteri. Tenyata bertapa sayangnya Izzue pada isteri dan segala pengorbanan selama ini. Semoga pasangan ini dikurniakan zuriat dimasa akan datang. (rtky/w)