fbpx

“Saya Tak Rasa Mimi Lana Akan Pilih Orang Rendah, Gemuk Macam Saya”

Pasti ramai tahu, selepas bergelar penyanyi, usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli kini menjadi pelakon pula bergandingan dengan Zul Ariffin dan Mimi Lana.

Baru-baru ini, Iqbal ada berkongsikan pautan Ask Me A di Insta Story pendapat kepada umum selepas diminta untuk berkahwin dengan Mimi Lana.

BACA: Iqbal Tak Sabar Nak Tengok Drama DSV Dengan PA Baru

Menerusi perkongsian itu, Iqbal suka dapat mengenali Mimi disebabkan latar belakangnya yang bersahaja dan seorang yang merendah hati.

Menurut Iqbal, pelakon tinggi lampai itu juga seorang yang pandai memasak dan dididik cara kampung. Namun Iqbal berkata Mimi tidak akan memilihnya dirinya yang mempunyai kekurangan.

Dalam pada itu, Iqbal turut bertanyakan bukankah Mimi sudah berpunya kerana dia tidak mahu bertanyakan perkara itu kepada Mimi.

Terdahulu, nama Iqbal menjadi bualan ramai apabila mengumumkan mahu mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.