fbpx

Iqbal Tak Sabar Nak Tengok Drama DSV Dengan PA Baru

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengumumkan identiti pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Qushayry atau Abang Qu yang merupakan seorang influencer. Memang kacak orangnya dan berbadan sasa, cukup pakej!

Memetik laporan mStar, bekas pembantu peribadi Vida iaitu usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli mengucapkan selamat maju jaya buat pemuda itu.

BACA: DSV Pilih Influencer Kacak Jadi PA, Bayar Gaji RM10,000 Sebulan

Menurut Iqbal, dia tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan namun berhaRap Qush dapat bekerja dengan baik dengan bekas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baru dia, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la. Saya tak ada hak nak komen lebih-lebih cuma pesanan saya kerja baik-baik. Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV.

“Untuk makluman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal menyifatkan pelantikan tersebut hanya sebagai gimik atau marketing. Malah, PA baru yang dilantik sememangnya memiliki ciri yang disukai oleh Vida.

“Sikit pun saya tak terasa hati, cuma tak sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baru ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” katanya.