“Saya Tak Pregnant, Saya Buncit”

Pelakon Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann menjadi perhatian apabila memuat naik video berikutan ada netizen mendakwa aktres itu sedang hamil.

Menerusi video berkenaan, Janna menjawab dakwaan netizen menafikan dirinya hamil serta sebaliknya dia hanya kelihatan berisi.

BACA: Pindah London, Sewa Rumah Janna Nick RM22,000 Sebulan

“Harap menjawab komen ‘berseri mesti mengandung, aku syak dia mengandung, sebagai orang yang pernah mengandung aku tau Jannah tengah mengandung, tembam mesti ada isi, nampak macam ada baby bump,” tulisnya.

Dalam video tersebut, Dini turut bergurau mengatakan mereka boleh usaha lagi pada malam tersebut namun Janna membalas dia sedang datang bulan.

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan pasangan tersebut serta mendoakan agar mereka segera dikurniakan cahaya mata. 

×