Penyampai radio, Fizi Ali berkata dia tidak tergamak untuk memisahkan anaknya Ameena daripada ibunya, yang juga pelakon Shakilla Khoriri.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fizi menjawab komen daripada netizen dengan mengatakan sebagai bapa dia juga berhak atas hak jagaan anak tunggalnya itu.
BACA: Anak Tak Muncul Di Majlis Graduasi, Fizi Ali Serah Pada Peguam
“Saya tak pernah tergamak nak pisahkan anak dan mak. Saya nak hak saya sebagai seorang ayah yang nak bersama dengan anaknya.
“Kenapa perlu lupakan anak saya setelah apa yang saya ada? Insya-Allah Ameena, daddy jumpa awak nanti,” tulisnya.
Difahamkan, individu itu menggesa Fizi untuk memberi fokus kepada anak tiri dan menyerahkan Ameena sepenuhnya kepada Shakilla.
“Dah ada anak tiri. Fizi layan dan bagi kasih sayang dekat anak tiri. Buat anak baru. Biar la Ameena dengan ibu dia. Jangan dipisahkan.
“Bersyukurlah Ameena dijaga dengan ibu yang sangat sayang dan bertanggungjawab dengan anak dia. Hidup saja dengan aman. Dunia ini tak lama pun. Asalkan nafkah anak itu jangan lupa. Berbahagia la,” tulis netizen itu.
Dalam pada itu, Fizi turut mengingatkan orang ramai agar banyakkan membaca serta mengambil tahu fakta sebelum bercakap sesuatu.
Terdahulu, Fizi menyerahkan hal tersebut kepada peguam untuk melakukan siasatan selepas tidak dapat bertemu dengan anaknya itu di majlis graduasi prasekolah.