fbpx

Anak Tak Muncul Di Majlis Graduasi, Fizi Ali Serah Pada Peguam

Tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya, Ameena Sofia ketika di majlis graduasi prasekolah kanak-kanak itu, penyampai radio, Fizi Ali menyerahkan hal itu kepada peguam untuk melakukan siasatan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Fizi berkata dia sudah mendapatkan nasihat daripada peguamnya bagi tindakan undang-undang yang mahu diambil dan tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu.

BACA: Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas Foto Tekup Mulut Ameena Tular

“Saya akan bawa ke muka pengadilan, tapi minta maaf saya tidak boleh memberi komen lanjut buat masa ini sebab bimbang akan mengganggu siasatan.

“Malah, pihak peguam juga menasihatkan agar saya tidak bercakap dan berkongsi banyak mengenai perkara ini dan bila tindakan lanjut itu akan saya maklumkan kemudian,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Fizi meluahkan rasa kesal pabila dia tidak dapat berjumpa anaknya, Ameena di hari graduasi prasekolah yang berlangsung di Cyberjaya pada Sabtu lalu.

“Saya pergi ke sana, masuk ke dewan dan tunggu majlis berlangsung. Memang anak saya tiada di sana dan juga langsung tidak dapat menghubungi dia,” katanya.

Kata Fizi lagi, dia juga cuba menghubungi bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri namun panggilan tidak berjawab dan pesanan WhatsApp tidak dibalas.