“Saya Tak Pernah Suruh Atau Paksa Mawar Berhijab”
Membuat keputusan untuk mengenakan tudung sepanjang bulan Ramadan, suami kepada Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mengakui tidak pernah menyuruh mahupun memaksa isterinya untuk berhijab.
Menurut Raf lagi, Mawar juga memahami kehendaknya yang mahu melihat isterinya berhijab dengan ikhlas. Raf turut berpesan kepada isterinya jika suatu hari nanti terbuka hati untuk berhijab biarlah datang dari hati yang ikhlas.
BACA: Mawar Rashid Pasang Niat Mahu Berhijab Sepanjang Ramadan
“Untuk pengetahuan semua, Raf tak pernah suruh atau paksa Mawar berhijab. Tapi Mawar tahu apa yang Raf mahu kan sejak hari pertama kami diijabkabulkan.
“Raf hanya pesan…kalau hati dah terbukak nak berhijab, biar lah nawaitu tu datang dari hati yang ikhlas. Jangan pakai semata-mata sebab suami yang suruh,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Raf berkata dia mendidik isterinya dengan kelembutan dan sopan selebihnya hanya berserah kepada Allah serta doakan yang baik-baik sahaja.
“Bentuk isteri dengan penuh kelembutan. Dalam berlembut, ada tegasnya. Lebih baik kita menegur dengan cara yang sopan di belakang tabir dan kita berdoa yang baik-baik saja untuk dia.
“Selebihnya kita berserah kepada Allah. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Diri kita pun sebenarnya tak sempurna dan serba kekurangan, jadi siapalah kita nak menghukum seseorang itu, betul tak?,” katanya.
Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Rafael pada 13 Mac lepas.
Suami tak suruh…tak paksa..
Tp ALLAH perintah tutup aurat…
Suami akan kena tanya jgak d akhirat kenapa nanti..
memang la suami tak suruh. sebab dia tak nak bini dia hipokrit
Oiii maka haram lah bgnyer kalo tidak bertudung kafirrrrrrr Krupp.kruupppp.sedap kcan khustuuuub ni *slurrrp sluuurrpppp xde adab tak pkai *kruup kruppp tudung
Tak habis cite pasai tudung..boring giler
syantik dan menawan bila bertudung tu….semoga berpanjangan
Mmg rasa x ikhlas pakai kalau sbb suami yg suruh tp kalau kita ikut ckp suami utk perkara yg baik lama2 keikhlasan tu akan ade.. kita pelan2 istiqomah.. saya dulu pun free hair.. lepas kawen tiba2 hasben mintak pakai tudung.. mmg terkejut tp lama2 rasa janggal pulak x bertudung.. insyaAllah dipermudahkn urusan mawar.. Salam Ramadhan..