fbpx

Mawar Rashid Pasang Niat Mahu Berhijab Sepanjang Ramadan

Saban tahun pasti, ramai selebriti akan mengenakan tudung bagi menghormati bulan Ramadan serta untuk mempertingkan amalan. Tidak ketinggalan, tahun ini Mawar Rashid turut berniat untuk memakai tudung sepanjang Ramadan kali ini.

Mawar berkongsikan berita baik itu menerusi Instagramnya semalam serta turut memuat naik gambarnya cantik manis berhijab. Menurut Mawar, ini kali pertama dia cuba-cuba untuk bertudung dalam jangka waktu yang lama.

BACA: Mawar Rashid Mengaku Masih Sentap Dengan Isu GST

Menerusi perkongsiannya itu, Mawar turut mengucapkan selamat berpuasa buat semua peminatnya serta meminta sesiapa yang tahu kedia tudung yang cantik-cantik bolehlah berkongsikan dengannya.

Perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang teruja melihat pelakon itu bertudung. Malah, ramai yang mendoakan agar Mawar Rashid turus istiqomah untuk berhijab meskipun selepas tamat bulan Ramadan.