fbpx

“Saya Tak Pernah Single Terlalu Lama. Hidup Saya Bosan…”

Meskipun berdepan kegagalan rumah tangga, bagaimanapun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hati untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Memetik Harian Metro, Shila berkata dia tidak serik untuk mendirikan rumah tangga lagi serta sudah mula rasa bosan hidup tanpa pasangan.

BACA: Shila Amzah Tak Tolak Kahwin Lagi Tapi Bukan Dengan Sharnaaz

“Sekarang saya gembira dan bukan dalam proses untuk mencari-cari pasangan hidup baharu. Ia belum lagi, tapi pintu hati saya tetap terbuka untuk menerima orang baharu.

“Saya tak pernah ‘single’ terlalu lama. Hidup saya bosan kalau kerja saja dan tak ada apa-apa hubungan. Saya bukanlah tak boleh ‘single’ terlalu lama. Jadi ‘single’ ini seronok tapi bukan untuk hari-hari.

“Saya tak serik untuk berumah tangga, sebab saya masih muda dan saya yakin semua lelaki bukan sama. Kita tak boleh nak pukul rata semua lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia tidak meletakkan sebarang penanda aras tertentu dalam mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

“Saya dah tak ada ciri spesifik untuk lelaki yang saya mahukan. Orang kata kalau nak doa (dapat jodoh) perlu spesifik. Tapi sebelum ini saya terlalu sepsifik sangat macam kena tinggi dan kena pandai. Selepas ini saya akan lebih terbuka dan tengok mana yang lebih sesuai.

“Kadang-kadang apa yang sesuai dengan kita adalah bukan daripada apa yang kita mahukan. Keutamaan saya adalah keserasian dari segi cara bercakap yang sama dan cara bergaduh yang sama,” katanya.

Terdahulu, Shila mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami Haris Idraki Elias. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia 3 tahun.