fbpx

Shila Amzah Tak Tolak Kahwin Lagi Tapi Bukan Dengan Sharnaaz

Sudah empat bulan bergelar ibu tunggal, sebelum ini penyanyi Shila Amzah diusik oleh netizen untuk kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.

Memetik mStar Online, Shila berkata hubungannya dengan Sharnaaz masih baik namun hanya sebagai kawan. Malah, Shila menolak untuk kembali bercinta seperti dulu, serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik untuk kebahgiaan masing-masing.

BACA: Shila Amzah Lega Hidup Sebagai Ibu Tunggal

“Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in relationship. Saya tak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.

“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuba saya ras tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu. Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya.

Dalam pada itu, Shila berkata dia tidak menolak untuk berkahwin semula jika ditakdirkan bertemu jodoh suatu hari nanti namun bukan dalam masa terdekat.

“Saya tak nafikan kehidupan sebagai ibu tunggal bukan mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah. Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif.

“Seandaiknya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk mulakan kehidupan yang baru. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.