fbpx

“Saya Tak Pernah Lafaz Cerai Tapi…”

Pergolakkan rumah tangga Datuk Aliff Syukri berterusan apabila sesetengah pihak seolah menyalahkan beliau. Mengulas mengenai hal itu, Aliff menafikan beliau melafazkan cerai terhadap isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

BACA: “Cari Pengganti? Tak Fikir Lagi Sebab Yang Ada Ni Pun Baik”

Jawapan itu diberikan Aliff ketika ruangan soal jawab di Instagram Storynya apabila diajukan soalan dari netizen. Jelasnya lagi, Aliff meminta agar netizen tidak menabur fitnah dalam hal berkenaan.

“Tolong jangan menabur fitnah. Saya tidak pernah berbuat demikian (lafaz cerai). Namun, saya akan ikut segala peraturan yang sudah termaktub seperti apa yang difailkan”

Bagaimanapun dalam masa sama, netizen memuji sikap Aliff yang semakin matang menghadapi kecaman netizen. Menurut Aliff, beliau sudah lali dengan hinaan netizen dan enggan mahu berperangai gila-gila lagi.

“Bukan semakin matang tapi sampai satu tahap saya dah lali dengan hinaan masyarakat. Saya nak bahagia saja dan tidak mahu berperangai gila-gila lagi,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)