fbpx

“Cari Pengganti? Tak Fikir Lagi Sebab Yang Ada Ni Pun Baik”

Kemelut rumah tangga usahawan kosmeti, Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Aliff enggan mengulas mengenai perkara itu berikutan tuntutan cerai berkenaan dibuat oleh isterinya. Ujarnya lagi, dia akui turut terkejut dengan perkara itu.

BACA: Aliff Syukri Dedah Surat Tuntutan Cerai, Muat Naik Status Sedih

“Fail cerai? Soalan itu ramai yang tanya dan tak sangka viral, bukan saya yang viralkan! Saya rasa soalan ini tak patut ditanya sebab bukan saya yang tuntut dan failkan. Ya! Saya terkejut tapi doakan yang baik-baik. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa.

“Merajuk? Tak merajuklah..berbeza merajuk dengan tawar hati, saya rasa cukuplah, saya pun tak nak mengata orang,” katanya menerusi Insta Story.

Menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya, Aliff berkata meskipun tinggal berjauhan dengan isteri namun dia masih bertemu dengan anak-anak. Ditanya adakah dia akan mencari pengganti, Aliff berkata dia tidak terfikir lagi ke arah itu.

“Saya tak nak klarifikasi hubungan kami tapi apa yang boleh saya beritahu saya bahagia dengan apa yang dilalui, tak perlu nak kutuk sesiapa. Saya selalu balik jumpa anak dua minggu tiga kali cuba tak update di Instagram.

“Cari pengganti? Saya tak fikir lagi sebab yang ada ni pun baik..kalau nak sebagai kawan bolehlah tapi untuk lebih-lebih sementara ini tak kot..fokus bisnes,” katanya.

Terdahulu,sumber terdekat usahawan itu memberitahu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian dan difahamkan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.