"Saya Bukan Punca Kelab Peminat Fattah Dibubarkan"
Tidak dinafikan berita pembubaran kelab peminat Fattah Amin tempoh hari amat mengejutkan orang ramai, apalagi apabila punca pembubarannya tidak diketahui. Ramai mendakwa isteri, Fazura adalah punca pembubarannya.
BACA: Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin Jadi Tanda Tanya
Spekulasi timbul mengatakan Fazura yang terlalu mengawal Fattah dalam urusan kariernya menyebabkan ahli peminat beliau berasa kurang selesa. Tidak pasti benar atau tidak, Fazura tegas menafikan dakwaan terbabit.
“Saya tahu ada yang menyalahkan saya dan menuduh saya yang mengawal Fattah. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Suami saya adalah seorang yang sangat tegas dan bijak dalam membuat setiap keputusan hidupnya”
“Pada masa sama, tiada sebab untuk saya campur tangan atau mengawal hidupnya kerana sebagai seorang isteri, sayalah yang sepatutnya kena dengar cakap dia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.
Sebagai isteri sememangnya tanggungjawab beliau untuk melindungi dan menjaga suami. Mungkin sebab pembubaran kelab peminat Fattah tidak dijelaskan dengan baik menyebabkan netizen membuat pelbagai spekulasi. (rtky/w)
- SUMBER
- berita harian online
Dengar ckp suami..maksud nya laki x suruh pakai tudung la lepas kawin..fahammm.
#Ade saye kisah #SayaBenciHipokrit
Tegas !!!!! … pakai tudung hanya bulan Ramadan aje ke ohhh your suami ajar mcm tu ke ….pastu pondan bole meraba2 beliau OMGGGHH …BETUL KE FATTAH TEGASSSS
Bini cantik laki pulak muda mmg akan jd la isu mcm ni apa nak heran kt Msia ni pun brapa ramai laki takut bini.. Tak takut kang malam tak dapat oi.. kahkahkah
Yang bini kepam gemuk muka buruk pun laki tunduk dengar kata ni apa lagi si fazura yg tiptop ni memang longlai la Fattah menjaga hati sehabis boleh
Yang muka pecah buruk gemuk pun laki tunduk takut dengar je cakap ni apa lg yg tiptop mcm si fazura mesti kena jaga hati baik punya.
Fattah da sendu!!! Pergi mana2 pengawal hulu balang 1 kampung ikut serta. Mcm mana fans club tk bosan..