fbpx

Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin Jadi Tanda Tanya

Apabila bergelar selebriti sudah pasti akan ada kelab peminat mereka sendiri. Boleh dikatakan, kelab peminat sangat penting pada karier seseorang selebriti. Dari situ juga peminat-peminat dapat tahu setiap perkembangan dan aktiviti selebriti kesayangan mereka.

Baru-baru ini, ada berita mengejutkan buat peminat pelakon popular ini apabila kelab peminat Fattah Amin iaitu thefa_team yang sudah lima tahun ditubuhkan akhirnya dibubarkan secara rasmi pada Isnin lalu.

Pengumuman tersebut dibuat selepas kelab itu mengambil kira beberapa faktor dan atas perbincangan bersama Fattah Amin sendiri.

Menurut kelab peminat itu, mereka masih sayangkan Fattah Amin. Mereka sudah bersama Fattah sejak lima tahun lalu dan seperti keluarga mereka sendiri. Pihak mereka memberitahu lagi, mungkin mereka bukan yang terbaik dan akan tetap menyokong Fattah walaupun kelab peminat tersebut sudah tiada.

Sementara itu, Fazura juga sempat memuat naik foto bersama Fattah Amin beserta kepsyen seolah memberikan sokongan dan semangat buat suaminya.

Sehingga kini masih tidak diketahui punca sebenar kelab peminat Fattah Amin dibubarkan, malah Instagram rasmi kelab itu juga sudah pun dipadam. Diharap semuanya dapat selesaikan dengan baik dan masih ramai lagi penyokong Fattah Amin di luar sana.