fbpx

“Saya Tak Pernah Dipanggil SPRM, Tak Ada Kaitan Dengan Sindiket Itu”

Semalam hangat diperkatakan apabila dua artis terkena akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam.

Susulan itu, ramai netizen memetik beberapa nama artis dan mendakwa pelakon dan pengacara Zulin Aziz merupakan salah seorang artis yang dimaksudkan. Tampil mempertahan diri, Zulin menafikan bahawa artis tersebut merupakan dirinya.

BACA: Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

Jelas Zulin dia tidak pernah dipanggil oleh pihak SPRM untuk membantu siasatan dan tiada kena mengena langsung dengan sindiket berkenaan seperti yang didakwa netizen.

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah. Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku.

“Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh SPRM. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Zulin menegaskan dia mencari rezeki dengan cara yang halal malah tidak pernah menayang kemewahan seperti yang diperkatakan dalam berita itu.

Menjelaskan mengenai hubungannya dengan individu yang ditahan oleh SPRM sebelum ini iaitu Datin Alyaa, Zulin berkata dia memang berkawan dengannya tetapi tiada kaitan dengan aktiviti yang dimaksudkan itu.

Dalam pada itu, Zulin berharap dengan penjelasannya itu sedikit sebanyak dapat menghentikan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.