fbpx

“Saya Tak Pernah Buat Pembedahan Bibir, Tapi…”

Lama tak dengar cerita tentang penyanyi bersuara merdu Syura Badron. Terbaru, ada cerita tak sedap didengar mengenai penyanyi itu apabila ada sumber kepada sebuah akhbar tempatan mendakwa Syura  melakukan pembedahan bibir kerana bentuk bibirnya lebih mungil berbanding sebelum ini.

Walaubagaimanapun, Syura menafikan dakwaan tersebut, namun dia mengakui ada menggunakan produk lips plumper untuk mungilkan bibirnya.

BACA: Hilang Berat 12kg, Syura Akui Alami Sakit Misteri

“Saya tak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada diri dan tak pernah melakukan suntikan di bibir. Kalau ikutkan, bibir saya sememangnya tebal bahagian bawah. Saya akui ada memakai produk untuk mungilkan bibir. Produk lips plumper tu saya gunakan dalam 30 saat sebelum memakai gincu dan menjadikan bibir saya lebih tebal,” katanya kepada mStar Online.

Kata Syura lagi, walaupun dia suka mencuba sesuatu yang baru untuk mencantikkan diri, tetapi dia tidak akan melakukan sesuatu atau menggunakan produk yang akan membahayakan dirinya.

“Saya memang suka mencuba sesuatu yang baru untuk cantikkan diri. Tapi sebelum cuba produk itu, saya akan pastikan ia tidak membahayakan diri. Takkan la saya nak buat pembedahan plastik yang boleh memudaratkan diri saya sendiri,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, penampilannya yang semakin kurus juga turut dipertikaikan sehingga ada yang menuduhnya mengambil dadah. Namun bagi Syura, dia sudah lali dan tidak kisah dengan setiap tuduhan yang dilemparkan asalkan tidak menjatuhkan maruahnya.