fbpx

Hilang Berat 12kg, Syura Akui Alami Sakit Misteri

Dalam temubual bersama media selepas berakhirnya pentas separuh akhir Gegar Vaganva 4 (GV4) malam tadi, Syura mengakui yang beliau kini mengalami sakit misteri di mana beliau hilang berat badan sebanyak 12kg secara tiba tiba.

Syura juga mendedahkan yang seorang pakar motivasi terkenal ada menegurnya baru baru ini tentang keadaan beliau dan berkata seram ketika melihat wajah penyanyi tersebut.

“Semuanya bermula apabila saya secara kebetulan terserempak dengan seorang pakar motivasi terkenal beberapa minggu lalu. Beliau bertanya kepada saya dan beritahu dia berasa seram sebaik melihat saya … ketika itu, saya rasa bingung”

“Pada mulanya, saya enggan mengambil pusing, tetapi saya mengaku mengalami beberapa keadaan yang membuatkan saya jadi tidak selesa,” ujarnya kepada Berita Harian.

Syura yang juga tersingkir dari saingan GV4 baru baru ini menambah beliau mengalami simptom yang bukan bukan sepanjang berada di GV4.

“Saya juga muntah-muntah dan mengalami migrain yang teruk. Selain itu, saya kerap berpeluh tiap kali menyanyi di pentas. Namun, saya percaya dengan kuasa Allah dan akan berusaha untuk pulih,” tambahnya. (rtky/m)