Penyanyi Amira Othman berkata dia tidak pernah mempunyai teman lelaki ketika di zaman persekolahan kerana belajar di sekolah perempuan.

Menerusi satu video tular, ketika itu Fattah sedang merakam Amira dimana mereka berada di bangunan sekolah penyanyi berkenaan.

BACA:

Lebih membuatkan ramai tersebut, apabila Amira berseloroh mengatakan dia tidak pernah mempunyai teman lelaki kerana mahu Fattah rasa istimewa. 

“Saya memang tak pernah ada teman lelaki, yang ramai bekas kekasih itu Fattah. Saya tiada bekas kekasih.

“Sebab semua perempuan. Saya nak jaga supaya awak rasa special,” katanya.

Semalam, pasangan itu mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan bersempena ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

×