“Saya Tak Perlukan Baby Shima Untuk Trending”
Pergaduhan di media sosial yang membabitkan usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Shukri dengan penyanyi Baby Shima, yang dikatakan gimik semata-mata adalah tidak benar.
Menurut, pengasas produk D’Herbs itu, dia tidak mahu untuk mengulas lebih lanjut akan perkara ini, kerana tidak mahu memberikan publisiti percuma kepada penyanyi itu.
BACA: Aliff Syukri Mahu Berduet Dengan Anuar Zain, Faizal Tahir
“Saya tak perlukan Baby Shima untuk trending. Saya juga tidak mahu lagi bercakap tentang dia, kerana ia akan memberikan publisiti percuma untuk dia,” katanya yang ditemui di majlis sidang media d’herbs.
Kontroversi bermula apabila Baby Shima memgkritik nyanyian Aliff menerusi ruangan komen di Instagram milik usahawan tersebut. Menurut bekas peserta program Big Stage musim pertama itu, Aliff tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
Lantaran komen itu, Aliff turut membidas kenyataan Baby Shima dengan mempertikaikan kredibiliti nyanyian dan kualiti suara Baby Shima. (rtky/h)
Mmg lagu ko x sedap.. org ketik Youtube ko sbb nk dislikes jer
Jgn tgk YouTube channel dia! Yg dpt duit dia!
Byk org view bykla dia dpt untung! Ni semua strategy marketing.. da kaya nak kaya lagi.
Orang gila nie layan mamposs…tak sudah2……Nak berniaga bagi laris pun agak2 la….Yang mak dok posting bagus pasal agama….anak plak sanggup buat apa nak jual produk/bisnes..sudah2lah…..