"Teringin Nak Berduet Dengan Anuar Zain, Faizal Tahir"
Biarpun sering dikritik kerana mempunyai ‘suara sumbang’, namun Datuk Aliff Syukri tetap tidak berputus asa. Terbaru usahawan itu menyuarakan hasrat mahu berduet dengan dua penyanyi hebat, Anuar Zain dan Faizal Tahir.
BACA: Berang Ditegur, Aliff Syukri Gelar PU Amin ‘Poyo’
“Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat. Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka. Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani”
Menurut Aliff, beliau juga berkeinginan mahu menjadi popular dan hebat seperti kedua idolanya itu. Untuk pengetahun, kini Aliff baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru bersama Upiak Isil dan Lucinta Luna.
“Lagu ini sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah naungan mereka,” katanya.
Selain lagu Cowok Baru, sebelum ini Aliff telah merakamkan beberapa buah lagu antaranya Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata dan Jom Raya. Apalah agaknya bunyi jika Aliff dapat berduet dengan mereka? (rtky/w)
- SUMBER
- Astro Awani
Nk muntah gossip ni…hoho
Duet ngn katak je
Katak panggil hujan. Oh noooo
Alip akan masuk tampoi x lm lgik…
Ada duit
Tapi otak takde
Dato ttap x ptus asa.bia pn org ckp suara dato x sdap..nk jgak nyanyi.tp tlong la jgn pnggil en sajat msuk skli ye.
Ketahian apakh ini… adoi
bkn tak ada otak, akal jek cetek
klu pcaya pd kemampuan diri sendiri tak payahlah dok bduet dgn sapa2, buat jek lagu solo 1 album, kita tgk komen ikhlas netizen semua….ada bran dato?
rsnya Anuar Zain dan Faizal Tahir sendiri akan tolak sbb takut merosakkan lagu dan industri muzik tanahair, byk harta x semestinya blh bt segala2nya, bg peluang pd yg blh menyanyi jer la Dato!
…contoh manusia pendek akal