fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai nama penyanyi Ismail Izzani apabila tular video seorang lelaki didakwa miripnya ghairah bercium dengan seorang wanita di kelab malam.

Terbaru, perkongsian penyanyi itu di Insta Story menjadi perhatian dimana Ismail berharap tiada pihak campur urusan peribadinya susulan video tular lelaki miripnya itu. Menerusi entri itu, Ismail berkata biarlah apa yang berlaku hanya dirinya dan keluarga sahaja yang tahu.

BACA: “Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ibu Ismail Izzani

“Biarkan saya. Selagi saya dan ahli keluarga tahu apa tindakan selanjutnya, itu sudah memadai. Katakanlah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal dengan landasan saya, sayangi tenaga anda. Selamat menjalani hari indah semua,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Ismail dilihat ada memuat naik foto sedang memegang pasport seolah mahu membawa diri.

Dalam pada itu, Ismail berkata dia mengakui kesilapannya dan tidak perlu menjelaskan apa-apa kerana baginya cukup keluarga dan rakan-rakan sahaja yang tahu.

Jelasnya lagi, dia tiada niat untuk melarikan diri sebaliknya dia tidak mahu membuang masa untuk memberi penjelasan kerana dia mengaku kesilapannya.