fbpx

“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ibu Ismail Izzani

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai nama penyanyi Ismail Izzani apabila tular video seorang lelaki didakwa miripnya ghairah bercium dengan seorang wanita di kelab malam.

Susulan video itu, bukan sahaja Instagram penyanyi itu sahaja diserang, malah akaun Instagram ibunya iaitu Datin Suliza Salam turut dihujani komen negatif netizen.

BACA: Tular Video Lelaki Mirip Ismail Izzani Di Kelab Malam, Peminat Minta Bertaubat

Malah, ada yang mengutuk ibu kepada penyanyi itu tidak pandai menjaga anak serta meninggalkan kata-kata sindiran.

Tidak hanya berdiam diri, penyanyi era 1980-an itu dilihat membalas komen seorang netizen dengan mengatakan memang seronok mengutuk anak orang lain sedangkan mereka tidak tahu nasib sendiri.

“Anak kamu nanti belum tau juga lagi kan. Mengata anak orang memang seronok kan. Pengakhiran hidup belum tentu. Allah Yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau siapa jua. Tapi Allah. Faham ya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Suliza turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih di atas segala teguran serta mendoakan agar Allah menjaga aib mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah,” tulisnya.