Pelakon Puteri Sarah membidas hantaran seorang individu yang didakwa cuba melaga-lagakannya dengan penyanyi Bella Astillah berkenaan kenyataannya sebelum ini memilih pasangan sekufu.
Menerusi hantaran di Thread, Puteri Sarah menjelaskan dia tiada niat menyindir Bella serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
BACA: “Penting Cari Pasangan Sekufu…Saya Melihat Tun Mahathir & Tun Hasmah Sebagai Contoh”

Puteri Sarah turut meminta individu tersebut membaca hantarannya terdahulu serta mengatakan dia yang mahu mencari pasangan yang sekufu.
“Let me make it clear. Bella dan Syed Saddiq adalah kawan saya. Jadi jika kamu nak pertahankan mereka silakan.
“Tapi sebelum nak kurang ajar, sila baca konteks saya terdahulu. Saya tak perli Bella. Malah saya yang nak cari pasangan yang sekufu. Jadi sila jadi peminat yang beradab,” tulisnya.
Terdahulu, Puteri Sarah berpendapat setiap individu perlu mencari pasangan yang sekufu dari segi ilmu, pemikiran dan cara melihat kehidupan.
Puteri Sarah berkata dia melihat pasangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Hasmah sebagai antara contoh yang menarik.