fbpx

“Saya Tak Nak Pakai Tudung Sebab Ikut Orang”

Dikecam teruk oleh netizen apabila membuat keputusan untuk membuka tudung selepas tiga tahun berhijab, Fathia Latiff mengakui dia masih dalam proses belajar mengenai agama dan untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Menurut Fathia dia ada menyimpan niat untuk bertudung semula namun dia mahu lakukannya dengan kerelaan hati dan bukan kerana mengikut orang lain. Katanya lagi, jika selepas ini dia bertudung kembali, dia mahu ianya berterusan sampai bila-bila.

BACA: Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

“Insya-Allah saya memang ada niat untuk memakai tudung secara berterusan. Sekarang ini, saya masih dalam proses belajar mengenai agama Islam.

“Siapa yang tak nak pakai tudung kan tapi saya harap semua orang doakan saya juga. Mana tahu selepas ini saya terus pakai. Kalau boleh selepas ini, saya tak nak sekejap buka. Saya tak nak ikut orang sebab itu saya perlahan-lahan belajar,” katanya kepada mStar Online.

Bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi, Fathia berharap dia diberi peluang dalam bidang nyanyian. Ujarnya lagi, dia sangat meminati bidang nyanyian namun rezekinya dalam industri seni bermula dengan lakonan.