fbpx

Fathia Latiff Akui Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Pelbagai kontroversi terpalit dirinya tahun lalu sehingga mempunyai masalah mental seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, namun Fathia Latiff berharap tahun 2020 dapat memberi sinar baru untuk dirinya terus berada dalam industri seni tanah air.

Hatinya tidak dimiliki sesiapa selepas putus cinta dengan Aiman Hakim lima tahun lalu, Fathia berkata dia tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan orang dalam industri. Katanya lagi, dia lebih tertarik dengan lelaki berbangsa Cina.

BACA: “Saya Tak Pernah Ada Masalah Mental, It’s All Stupid”

“Saya lebih terbuka hati untuk bercinta dengan orang dalam seni tapi perasaan itu masih tidak pasti lagi dan berbelah bagi. Pada masa sama, saya rasa saya lebih tertarik dengan lelaki berbangsa cina.

“Bagi saya mereka berbeza, ada rupa, baik dan hormat orang lain. Saya tak terbuka hati untuk menerima lelaki mat salleh, seperti artis-artis lain. Cukuplah sekadar dalam negara kita sahaja,” katanya kepada Media Hiburan.

Usianya kini mencecah 33 tahun, Fathia berkata dia masih belum bersedia untuk berumah tangga. Tambahnya lagi, buat masa ini dia mahu memberi fokus dalam bidang nyanyian namun tidak akan menolak tawaran berlakon jika diberikan watak sesuai.

“Buat masa ini saya tak nak bercinta dengan siapa-siapa dan saya tak terlintas untuk mendirikan rumah tangga setakat ini. Sekarang saya hanya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan dalam bidang nyanyian terlebih dahulu.

“Tahun ini saya mahu fokus pada kerjaya nyanyian dan jika ada tawaran berlakon dan watak yang diberikan sesuai, apa salahnya,” katanya.