fbpx

“Saya Tak Nak Berkongsi, Akan Cuba Elak Bermadu”

Sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon Tasha Shila, malah tiada lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Selepas berdepan pengalaman pahit gagal dalam cinta, Tasha akui serik untuk kongsikan kisah peribadinya.

Hatinya masih belum dimiliki sesiapa, Tasha menegaskan dia tidak akan menerima perlawaan lelaki yang ingin menjadikannya isteri kedua. Ujarnya lagi, dia akan cuba sedaya upaya mengelak berkongsi kasih.

BACA: “Sekarang Saya Belajar Bataskan Pergaulan”

“Dalam kehidupan sebenar saya tak mahu berkongsi dan akan cuba elakkan bermadu.

“Semua itu berbalik kepada diri kita sendiri. Bagaimana reaksi kita sekiranya ada individu cuba ‘memancing’ walaupun sudah beristeri,” katanya kepada Harian Metro.

Jelas Tasha lagi, buat masa ini dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dan mahu fokus dalam karier lakonannya serta menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

“Saya lebih suka berkawan kerana belum bersedia untuk bercinta. Saya serahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan kalau ada jodoh, saya terima.

“Buat masa sekarang fokus saya hanya terhadap karier lakonan dan mahu lebarkan sayap ke luar negara,” katanya.

Usia sudah mencecah 32 tahun pasti ramai peminat mahu melihat Tasha bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga. Kita doakan yang baik-baik saja untuk Tasha Shila.