Sebelum ini kecoh gambarnya didukung oleh Idris Khan, nampaknya Intan Najuwa sekali lagi dihentam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal. Susulan itu, ramai menyifatkan pelakon itu seolah-olah senang disentuh oleh mana-mana lelaki.

Bagaimanapun Intan memberitahu dia tidak niat untuk menimbulkan kontroversi dan masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang. Jelasnya lagi, gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama lakonannya yang akan ditayangkan di tidak lama lagi.


BACA: “Dah Macam Patung, Nak Angkat Nak Raba Semua Boleh”

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan.

“Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border,” katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Intan berkata dia tidak terkesan dengan kecaman netizen meskipun ada netizen cuba melagakan-lagakan hubungan dia dengan tunangnya.

“Semua yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay. Yang menjadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang,” katanya.