fbpx

“Dah Macam Patung, Nak Angkat Nak Raba Semua Boleh”

Selepas mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan yang 16 tahun lebih tua daripadanya, nama pelakon Intan Najuwa menjadi perhatian ramai. Ada yang menuduh Intan memilih jejaka tersebut disebabkan harta dan mata duitan.

Sebelum ini Intan dihentam apabila memuat naik gambar didukung oleh Idris Khan, nampaknya pelakon itu sekali lagi dikecam apabila tular gambarnya berpeluk dengan Zul Ariffin di atas kapal.

BACA: Sukar Berjauhan, Intan Najuwa Akui Rindu Tunang

Meskipun ramai mengetahui gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama Setelah Ku Dimiliki yang akan ditayangkan di kaca televisyen tidak lama lagi, namun ianya menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan pelakon itu seolah-olah senang disentuh oleh mana-mana lelaki. Tidak kurang ada yang menyindir tunangnya seorang yang pemurah kerana membiarkan Intan diperlakukan sedemikian.

Jika sebelum ini, Intan mempertahankan dirinya dengan membalas komen netizen, namun kali ini tiada komen balas daripada pelakon tersebut. Kalau ikutkan Intan hanya menjayakan watak sahaja dan mungkin tunang pun faham kerjayanya sebagai pelakon.