fbpx

“Saya Tak Kata Semua Tu Kasut Saya”

Semalam Wak Doyok ‘diserang’ dengan pertanyaan gambar koleksi kasut memenuhi biliknya yang dipercayai diambil dari carian Google. Tidak menidakkan, tetapi Wak menjelaskan beliau sendiri tidak menyatakan kasut itu miliknya.

BACA: “Tunjuk Kaya Tapi Guna Gambar Google”

“Salah ke ambil gambar Google? Saya tak tulis kasut itu saya punya. Haters memang sengaja mencari publisiti dan salah orang, Instagram saya adalah hak saya dan ‘langau-langau’ ni pula sibuk menceroboh privasi saya, katanya.

Tambah Wak lagi, beliau mempunyai hak untuk memuat naik apa sahaja memandangkan ianya akaun sosial miliknya. Jelasnya, dakwaan yang dilemparkan mereka hanya ingin mencari publisiti murahan.

Terdahulu Wak ada memuat naik gambar di Instastory miliknya, menunjukkan koleksi kasut yang memenuhi bilik. Tidak lama selepas itu, salah seorang pengikutnya bertanya sinis mengenai kesahihan gambar terbabit.

Dimaklumkan, pertanyaan sinis individu terbabit menyebabkan beliau disekat oleh Wak. Pelik juga sesetengah orang yang suka mengambil gambar orang lain dan muat naik di akaun sosial sendiri. (rtky/w)