fbpx

“Saya Tak Kacau Isteri Orang”

Timbul dakwaan mengatakan Aidit Noh dikatakan menjadi punca pergolakan rumah tangga Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin, pelakon itu menafikan sekerasnya dakwaan tersebut.

Aidit berkata dia tidak tahu menahu tentang perkara itu serta tidak mahu melayan desas desus mengaitkan namanya sebagai orang ketiga hanya kerana mereka bergandingan menerusi drama, Sweetie Nanie.

BACA: Status Suami Nadia Brian Jadi Tanda Tanya

“Saya tak kacau isteri orang. Saya hanya buat kerja. Ini lumrah dunia seni, kami berlakon sahaja. Saya tak tahu apa-apa. Itu masalah rumah tangga mereka, tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai pelakon, itu sahaja.

“Lebih baik saya fokus jaga kesihatan dan diri sendiri. Saya tak ada nak jadi orang ketiga atau nak rampas isteri sesiapa,” katanya kepada Utusan.

Terdahulu, nama aktor itu dikaitkan dengan masalah rumah tangga Nadia selepas suaminya memuat naik gambar serta luahan rasa kecewa dengan tanda pagar ANvsNB sekaligus mencetuskan persoalan dikalangan netizen.

Bagaimanapun, Nadia berkata itu mungkin suaminya hanya meluahkan rasa isi hatinya dan memohon semua pihak mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.