fbpx

“Saya Tak Hairan Jika Lufya Sanggup Bohong” – Dr Che Hafiz

Bekas suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan tidak memberi nafkah kepada anak tunggalnya selepas bercerai pada Julai 2020.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Dr Che Hafiz berkata dia tidak hairan jika bekas isterinya itu sanggup berbohong membuat kenyataan palsu kerana dia lebih tahu siapa Lufya.

BACA: “Saya Bukan Jenis Berdendam, Takkan Nak Upah Samseng” – Bekas Suami Lufya

 

“Saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia. 

“Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak.,” katanya.

Menurut Che Hafiz, sebagai bapa dia tahu tanggungjawabnya dalam memberikan nafkah kepada anak tunggalnya, Laana Haura. Ujarnya lagi, dia turut mempunyai bukti kukuh.

“Soal isu pemberian nafkah anak.Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. 

“Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah. Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial yang dimana perkara sebegini boleh minimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya,” katanya.

Che Hafiz berkata lagi, dia mengenali siapa bekas isterinya itu dan selama ini dia menyimpan aib Lufya namun tidak pernah didedahkan kepada umum.

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan.Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi Isteri saya yang sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2,3 bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia dan bakal isterinya yang juga pelakon, Julia Farhana akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk anaknya.

“Saya dan bakal isteri, niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada), tetapi sudah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.

“Jadi lebih profesional dan jangan babitkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal isteri,” katanya.