“Saya Bukan Jenis Berdendam, Takkan Nak Upah Samseng” – Bekas Suami Lufya
Semalam, perkongsian pelakon Lufya Omar menjadi perhatian apabila mendakwa anak perempuannya nyaris diculis oleh seorang lelaki ketika berada di taman permainan di Kota Damansara, Ahad lalu.
Susulan pendedahan Lufya itu, ada netizen mendakwa bekas suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.
BACA: Anak Hampir Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Di Muka
Memetik Harian Metro, Hafiz menafikan dia terbabir dengan kejadian itu serta menyifatkan tuduhan netizen itu adalah fitnah.
Menurut Hafiz lagi, dia tidak akan menggunakan kekerasan sematamata mahu berjumpa anak perempuannya, Laana Haura.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata dia mengakui mengenai insiden menimpa anaknya itu daripada netizen yang menghantar mesej di Instagram serta pun sudah menghubungi bekas isterinya untuk bertanyakan mengenai keadaan mereka.
“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.
“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.
“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Alahai kesiann janda2 ni takda suami yg jaga. Kau punya cakap mcm exbini kau tak bagi jumpa sgt. Ulang minta baik2. Apa kes?? Kau hantar org pun saperr tau. Jenis dendam muka kau ego dktor poyoz
Pelik sikit kes lufya ni. Kenapa tak report polis?
Xde makna doktor ni nk buat cmtu kat lufya..citer si lufya tu pun susah aku nk hadam..kes kidnap ni kes berat..tp dia punye citer bkn nk sgt cakap pasal anak nk kena kidnap tp lebih pada citer dia konon kuat smpai blh lwn penculik..siap kata ada belajar silat ke taekwondo ke camtu..ksh anak nk kena kidnap tenggelam sb dia sibuk cakap pasal dia lawan pemculik tu hahaha…
Suspicious juga kes culik ni. Kejadian berlaku pada 27hb Jun, tetapi report polis dibuat pada 29hb Jun. Kenapa lepas kejadian tersebut, report polis tidak terus dibuat ya? Lepas buat report polis, proses merakam keterangan Lufya masih belum dilakukan sebab Lufya katanya mempunyai urusan penting dan perlu ke lokasi lain….
Sepatutnya hal mcmni terus buat report polis. Tak perlu tunggu lama sbb risau jugak kot penculik tu follow sampai rumah…. aku taknak cakap lebih. Cuma mendoakan semoga anak2 kita dijauhkan dari kejadian seperti ini. Amin amin
Fishyyyyy bebenor ….