Pelakon Azri Iskandar menafikan dakwaan dia menjalinkan hubungan dengan bakal isterinya, Azra Diera sebelum bercerai dengan Ellie Suraity.
Memetik Getaran, Azri berkata sebelum bercerai dia tidak tahu tentang Azra dan mengenalinya seleppas 12 hari bercerai dengan bekas isterinya.
BACA: Kenal Bakal Isteri 12 Hari Lepas Cerai, Azri Iskandar Nak Nikah Bulan Ini
“Saya tak curang dengan Ellie. Saya mula kenal Azra pada 29 Mei iaitu lepas cerai dengan Ellie. Bukan sebelum bercerai. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu pun tentang Azra. Beberapa hari sebelum mengenalinya, kami ada berhubungan di dalam Whatsapp tentang urusan kerja.
“Urusan kerja itu adalah untuk sebuah projek drama bersiri yang bakal saya jayakan tidak lama lagi dan Azra adalah penulis skripnya.
“Saya menghubungi Azra kerana memerlukan penjelasan tentang karektor yang bakal saya bawakan dalam drama tersebut. Tetapi, saya tidak sangka pula selepas bercakap dengan dia, saya jadi suka pula pada dia dan teringatkan dia,” katanya.
Dikecam netizen apabila mendakwa dia curang dengan Ellie, Azri berkata dia juga tidak menyangka berita perkahwinannya itu membuatkan ramai yang beranggapan itu punca mereka bercerai.
“Saya tidak sangka pula bila keluarnya berita yang saya nak kahwin dengan dia itu, orang anggap itu punca saya cerai dengan Ellie. Padahal, sebelum cerai, saya tiada hubungan dengan mana-mana wanita pun. Punca kami cerai juga tiada kaitan dengan isu curang.
“Saya terpaksa jelaskan hal ini. Sebab saya tidak mahu berlaku salah faham. Tak pasal-pasal dia (Azra) juga terkait dalam hal ini.
“Saya bimbang disebabkan persepsi tidak benar ini, keluarga Azra juga akan salah faham. Saya sendiri pun belum lagi berjumpa dengan bapa dan keluarganya di Perlis. Macam yang saya katakan awal tadi, saya mula kenal dia (Azra) pada 29 Mei dan itu memang benar,” katanya lagi.
Ditanya mengenai komen netizen yang mengatakan bahawa dia tidak menghormati tempoh edah Ellie dan mudah mencari pengganti, Azri berkata dia mahu move one.
“Saya sudah move on dan tempoh edah itu sebetulnya lebih kepada perempuan. Saya memang tak mahu lagi fikir apa-apa. Saya hanya mahu jalan ke depan dan sejak kebelakangan ini, saya sudah kembali dapat semula keghairahan untuk bekerja,” katanya.