Mungkin tidak ramai mengenali jenama pakaian Yuna, November Culture yang terletak di Subang Jaya. Menerusi Instagram, Yuna memaklumkan butik pakaiannya itu terpaksa gulung tikar berikutan masalah kewangan.
BACA: Elak Makin Gelap, Yuna Pernah Elak Matahari

Bagaimanapun Yuna dalam masa yang sama berbangga dengan perniagaannya yang tidak bergantung kepada mana-mana pelaburan untuk mengawal apa yang ingin dijual. Jelasnya perniagaan beliau hanya diuruskan oleh beberapa orang saja tetapi mampu memperoleh pengikut di seluruh dunia.
Melalui ruangan komen pula, ramai memuji sikap Yuna yang terbuka mengakui kelemahan perniagaannya dan berharap penyanyi kesayangan mereka itu mampu membina semula empayar perniagaan beliau suatu hari nanti.
Siapa tidak sedih, perniagaan yang dibina dengan titik peluh sendiri tanpa sebarang penaja, terpaksa ditutup begitu saja. Semoga Yuna tabah dan berusaha dengan lebih kuat lagi di masa akan datang! (rtky/w)