fbpx

“Saya Tak Buat Untung Dengan Lagu Ini”

Gara-gara mengeluarkan lagu selepas putus cinta, ramai mendakwa Zulin Aziz hanya mereka gimik untuk melariskan lagu. Jelas Zulin, beliau tidak ‘menjual’ hal peribadi, hanya ingin memberi motivasi kepada mereka yang senasib.

BACA: Tanpa Pengantin Lelaki, Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin

“Saya tidak minta simpati, jadi saya terkilan apabila dikatakan sengaja meraih publisiti murahan dengan ‘menjual’ cerita peribadi untuk memperkenalkan lagu itu. Hanya mereka yang pernah melalui pengalaman pahit itu mengerti”

“Sakit bagaimana sekali pun pengalaman, jangan sesekali meratapi nasib diri. Selalu ingat Allah sentiasa ada dan itu yang memberikan saya kekuatan untuk berkongsi pengalaman. Lagu ini adalah ‘dakwah’ saya kepada insan senasib”

“Saya langsung tidak terfikir untuk mengaut keuntungan. Jika memang benar saya mahu melakukan gimik, untuk apa saya jelaskan panjang lebar perkara sebenar sebelum video muzik ini dilancarkan,” jelasnya.

Tambah Zulin lagi, lagu tersebut juga tidak dipromosikan dan dijual di mana-mana platform digital jika benar dirinya ingin meraih keuntungan. Bagaimana pun Zulin bersyukur lagu barunya meraih 1.4 juta tontonan. (rtky/w)