fbpx

Tanpa Pengantin Lelaki, Zulin Aziz Tetap Rakam Lagu Kahwin

Meskipun hubungannya dengan kekasih sudah berakhir serta rancangan perkahwinannya sebelum ini sudah pun dibatalkan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz tetap meneruskan rakaman dan muzik video lagu tema perkahwinannya.

Menerusi rakaman live di Instagram miliknya hari ini, turut memaparkan Zulin lengkap memakai busana perkahwinan. Zulin menegaskan apa yang dilakukannya itu bukanlah gimik seperti yang didakwa. Zulin turut menjelaskan lagu kahwin tersebut adalah kejutan untuk bakal suami, namun hasratnya itu tidak kesampaian.

BACA: Tak Jadi Kahwin, Zulin Aziz Nafi Untuk Promosi Lagu

https://www.instagram.com/p/BpinSiLla8t/?utm_source=ig_embed

“Saya harap tiada salah faham sebab saya sudah terangkan sebelum ini.Hari ini saya merakamkan muzik video lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh saya. Lagu tema perkahwinan saya ini pada awalnya untuk memberi kejutan pada bakal suami saya tetapi kita merancang Tuhan yang menentukan.

“Kenapa saya masih teruskan? Ia bukan lagu single saya tetapi saya hanya mahu simpan di dalam YouTube sebagai pengalaman yang pernah berlaku dalam hdiup saya ini untuk divisualkan dalam muzik video.

“Ini bukan gimik kerana saya tidak mendapat apa-apa untung pun dari muzik video ini dan jelas saya bukan penyanyi. Saya harap lagu ini bakal memberi inspirasi dan semangat kepada wanita yang masih single seperti saya kerana ia ibarat doa untuk mereka,” katanya.

Pada awal Oktober lalu, Zulin mendedahkan majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan. Lebih mengecewakan busana untuk majlis terindah tersebut sudah pun siap.